Breaking News
Loading...
Wednesday, February 3, 2016

Info Post
pasangan kita berlaku curang, tidak kira samada suami atau isteri, ianya tetap meninggalkan luka yang cukup dalam. Kali ini PRU14.tv ingin berkongsi luahan hati yang datang daripada kaum lelaki yang  dari ruangan Dicelah-celah Kehidupan.

Cerita Azlan, zaman ini wanita tidak boleh lagi tuduh kaum lelaki sahaja jahat buat maksiat, skandal dan berzina.

‘‘Wanita pun sama,’’ demikian kata Azman ketika kami berbual di telefon Selasa lalu setelah membaca e-mel yang dihantar kepada penulis.

Kata Azlan: ‘‘Ruangan ini banyak menyiarkan kisah tentang penderitaan kaum wanita sahaja konon suami berlaku tidak adil, zalim dan sebagainya. Tetapi tahukah anda bahawa penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh suami jauh lebih teruk daripada penderitaan yang dipikul oleh kaum wanita?

‘‘Sebenarnya saya tak tahu bagaimana nak memulakan cerita ini, sebab hati berbelah bagi sama ada ingin dipaparkan untuk panduan pembaca ataupun tidak. Tetapi setelah difikirkan, saya kira kenangan pahit kehidupan saya ini amat baik untuk dijadikan pedoman, khusus kepada kaum lelaki supaya tidak diperbodohkan oleh isteri. Wanita juga insaflah, Allah melihat apa yang anda lakukan.

‘‘Saya tidak menyedari perubahan isteri saya, sebab kami begitu sayang menyayangi, tidak pernah bertengkar apa lagi bergaduh besar. Kalau ada masalah, kami selesaikan seberapa segera, supaya masalah itu tidak menjadi nanah atau pun barah.

‘‘Tetapi nak jadikan cerita, satu hari kami sama-sama menonton drama tv. Kisah kecurangan seorang isteri terhdap suaminya. Akhirnya si isteri dapat balasan Allah. Sebaik habis ceritanya, hati saya tergerak bertanya kepada isteri saya Hasmidar dengan bergurau apakah dia ada menyimpan rahsia tentang dirinya terhadap saya. Tiba-tiba air mukanya berubah tak tentu hala.

0 comments:

Post a Comment