10 perkara menarik jika berkahwin dengan gadis Morroco adalah pengakuan
Encik X seorang Trader terkenal dari Malaysia yang menceritakan
pengalamanya yang berkahwin dengan gadis Morocco. Negara Morocco nampak
seperti tiada yang menarik tetapi persepsi anda akan berubah setelah
membaca 10 perkara menarik jika berkahwin dengan gadis Morroco seperti
yang di dedahkan oleh Encik X di bawah.
10 perkara menarik jika berkahwin dengan gadis Morroco
1. Isteri saya seorang gadis Moroko. Umur 27 tahun. Kami tinggal di
Malaysia sebaik saja saya menikahinya. Beza usia dgn saya hampir 15
tahun. Di Moroko, gadis berkahwin pada usia 27 tahun di kira sudah
lewat. Secara purata mereka berkahwin pada usia 21 hingga 25 tahun.
2. Mereka bermazhab Maliki. Batal air wudhuk tidak sekerap kita yang
bermazhab Syafie. Ini kerana di sana kurang air. Bapa mertua saya amat
hairan bila tengok saya kerap mengambil wudhuk semasa saya di sana.
3. Gadis Morocco boleh di katakan daripada 10 org, 8 daripadanya jelita. Sesetengahnya bermata biru.
4. Saya membelanjakan hanya RM4000 untuk melangsungkan perkahwinan di
sana. Jika saya buat majlis makan-makan sempena perkahwinan di sana pun,
saya hanya perlu belanjakan RM10,000 sahaja. Jauh lebih jimat
berbanding di Malaysia.
5. Gadis Morocco sebenarnya berminat juga dengan jejaka luar. Ini kerana
jejaka Morocco jenis suka lepak kedai. Jadi, peluang terbuka untuk
jejaka luar menjadikan mereka sebagai isteri.
6. Untuk menjadi sebahagian daripada mereka, ibu bapa gadis tidak
sewenang-wenangnya menerima orang luar. Kecuali jika ada introducer yang
mereka kenali.
7. Secara purata, kehidupan di Morocco bukanlah mewah sangat. Mereka
hidup biasa-biasa sahaja seperti kita di Malaysia. Saya memberikan
mertua saya RM300 sebulan.
8. Saya tidak kerap pulang ke Morocco membawa isteri saya pulang
berjumpa ibu bapanya. Kami hanya terbang ke Morocco setahun sekali
sahaja.
9. Di Morocco, ibadah korban umpama wajib. Mereka korbankan binatang seekor seorang.
Bukannnya seekor binatang dibahagi bahagian dengan berkongsi bayar
seperti di Msia. Ini kerana harga binatang di sana sangat murah. Mereka
hairan kerana di Malaysia, kita berkongsi bahagian dan tidak semua orang
berkorban secara individu seperti mereka.
0 comments:
Post a Comment